Setelah pelbagai kesulitan diatasi.. wa bersama Team Sauk (TS) dan bakal ahlul TS confirm bertolak dpd Jeti Pulau Indah... Senarai ahlul adalah seperti berikut :
1) Zack selaku abg penganjur a.k.a mr. presido (presiden yg suka tido.. hohohohoho)
2) Wa selaku abg pushful atau watchdog
3) Pyan
4) Fazli (trip pertama bersama ahlul TS)
5) Mat Zam (Otai Port Klang)
6) Wan (Membe zack yang terlepas Kerapu 10kg bwh Wap)
7) Aris (membe Zam a.k.a abg otai dam)
We all smpai ke tmpt brkumpul kat tg harapan dalam pukul 6 petang utk cari umpan dan makan nasi... umpan pyh nak jumpa sampai cari kat Sealion... umpan yg kitaorg dpt udang 100 ekor, sutun burita 2 ekor, perumpun 2 plastik dan ikan kembong + ikan selar kuning mati dalam 30 ekor....
Sampai kat Jeti Pulau Indah dalam pukul 7.30 ptg dan berlaku peristiwa yg x disangka-sangka di mana wa punya Rod Abu Conolon (Jigging type) patah 3 selepas salah wa yg cuai bila katup pintu bonet..hhuhuhuhuhu... RM200 tu...Sedih siyut!!! Nasib baik wa ada rod spare jenama Santec yg wa beli RM23 tu...
Kita org loading brg2 kat bot lepas settle urusan pembayaran.. ada 2 bot... bot satu zack, wan, fazli dan tekong aris... wa ngan pyan dok kat bot yang dijuragankan oleh zam si rempit....
Kelihatan mr. presido a.k.a awak-awak tegar tgh memastikan tali sauh cukup kuat..
Wa cuba berfikir ikan yang apa yang wa akan naikkan nanti sambil memasang niat utk gelak sapa yg kumpau nnti.. hohoho
Org panggil ni WAP.. kitaorg mancing bwh dia... sungguh teransang & menginzalkan jiwa dan menguji minda!!
2 comments:
gambor tak clear la...
banyak bebel la hang.. lain kali join la bwk kamera hang yg riban-riban tu....
Post a Comment