TIP BERGUNA UNTUK TEKNIK CASTING


Kekili
  • Kekili spinning jenis high speed amat penting di sini. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 6.0 dan ke atas.
  • Siri 2000-2500 paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera selepas tiba di daratan.
  • Kekili Shimano seperti Sahara, Stradic, nSymetre antara kekili yang ‘sedap’ dipakai dan harganya juga berpatutan.

Rod
  • Rod casting 7’ atau 7’ setengah paling sesuai. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah  sesuai dengan tinggi tubuh badan seseorang. Ini kerana jika seorang itu bertubuh rendah rod 6’ atau 6’ setengah adalah sesuai. Pendek kata, hujung rod jangan sampai mencecah air.
  • Rod dengan kekuatan 10-20lb adalah sesuai untuk menduga perairan ini. Tetapi jika inginkan ‘lebih perlawanan’ boleh mencuba joran yang lebih ringan.

Tali
  • Tidak kisah, apa brand yang digunakan. Asalkan ia jenis braided, kuat dan tahan lasak. Saiz 15-20 lb paling sesuai di sini.

Perambut
  • Pilih perambut jenis fluorocarbon. Jangan terlalu keras. Perambut berkekuatan 25-30 lb paling ideal.

Mata kail
  • Saiz mata bergantung kepada tempat. Biasanya mata kail no 2 digunakan.
  • Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan sedikit lembut, kerana jika tersangkut di celah batu, boleh menariknya sampai bengkok mata kail kerana paling penting dapatkan semula batu ladung yang berhias bulu ayam tersebut.
  • Selain dua mata, ikatan tunggal juga boleh dipraktikkan. Tali yang sesuai untuk mengikat mata kail adalah jenis braided berkekuatan 80 lb ke atas.

Air
  • Faktor air memainkan peranan penting. Jika air jernih, potensi sambaran lebih tinggi dan arus hendaklah tidak terlalu laju. Sebaiknya rujuk pasang surut air.


Sumber : Web Majalah Umpan (29 November 2013)