18 September 2014

Tips Memilih Warna Metal Jig


Penggunaan jig logam/metal jig sebagai umpan dalam teknik jigging kini menjadi pilihan dan trend kebanyakan pemancing kerana ia mudah dibawa, ditambah pula dengan kombinasi warna yang menarik dan yang paling penting, ia berkesan apabila digunakan di laut. 

Pemilihan warna jig menjadi aspek yang penting di dalam teknik jigging kerana ia mampu mempengaruhi hasil tangkapan yang diinginkan.

Tips On Choosing Metal Jig Color
Bahan asas dalam jig logam adalah timah


Warna jig bertindak balas secara berbeza berdasarkan sinar cahaya yang menembusi air laut. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan jig seperti kedalaman laut, hari cerah atau hari mendung, kedudukan matahari, ombak dan warna air. 

Pada kedalaman tertentu, pemilihan warna jig adalah penting bergantung kepada kesan cahaya matahari yang boleh dipantulkan oleh jig logam. 

Berikut adalah cadangan warna jig berdasarkan kedalaman laut:

Warna Merah  - optimum untuk kedalaman sehingga 30 kaki
Warna Jingga - optimum untuk kedalaman sehingga 45 kaki
Warna Kuning - optimum untuk kedalaman sehingga 60 kaki 
Warna Hijau - optimum untuk kedalaman sehingga 80 kaki
Warna Biru - optimum untuk kedalaman sehingga 100 kaki
Warna Ungu - optimum untuk kedalaman sehingga 120 kaki
Warna Perak - optimum untuk kedalaman melebihi 120 kaki
Fluorescence - optimum untuk waktu malam dan kedalaman melebihi 120 kaki