05 March 2009

Trip ke P9 Mac 2009 & April 2009

Salam...

Ngeh3x.... racun tahap gaban dah menular ke otak ahlul teamsauk...... gigil beb!! Jangkaan 2 trip pada bulan Mac & April ini di mana teamsauk telah menghantar 2 orang ahlul iaitu wa & en kerox a.k.a abg ranjit the return pada 21 & 22 Mac ini.. kitaorg ikut trip abg pyan ngan kenkawan dia...... utk makluman, abg pyan dah beli set GPS baru dan telah mendapatkan kordinat lubuk-lubuk dpd abg wan @ tokey jeti.... GPS + Sonar... mmg complete cuma mengharapkan tuah aje utk menaikkan ikan2 beso spt kerapu boron.. ngeh3x.... mr. presido x leh pi sbb ada brainwashing machine pd tarikh tu!!! hohohoho

Satu trip lagi telah dirancang pada 4 & 5 April dgn jangkaan kehadiran Fazli a.k.a abg tegar dan kawan2 lain yg lama dah menyepi... rahman hang jgn tak pi pulok!!!!

Tunggukan laporan seterusnya..... ngeh3x

04 March 2009

Trip Kenyir Bersama Geng Ujang (26/2 - 1/3)

Trip ini merupakan trip yang paling lama ahlul2 terpaksa meninggalkan isteri2, anak2 demi mencari ikan fresssshhh...

Ahlul-ahlul komplot terdiri dari:

1) Rahman rapala (a.k.a tekong fresh water)
2) Fazli (a.k.a cempien lampan)
3) Rizal (a.k.a trekker tegar)
4) Zaiful (sebarau king)
5) Wa (ex Presido)

Laporan trip boleh didapati di http://www.lubuk.net/forum/viewtopic.php?f=12&t=1536

Secara keseluruhan trip ni adalah meriah kecuali terdapat beberapa aksi yang menghangatkan hati ahlul-ahlul Teamsauk. Antara aksi-aksi tersebut adalah:

1) Kerakusan nelayan negara jiran mengaut lampam2 bersaiz gigas.
2) Puak pelampau haluan kiri yang yang menjadikan Sebarau Maiden Teamsauk sebagai umpan mendapatkan toman.

Sedikit gambar untuk tatapan: (WIP)

Ahlul komplot sedang bermusyawarrah di Petronas Bentong dan dipengerusikan oleh Bro Ujang
Selesai pekena nasi minyak kat pekan Kuala Berang

Otai jembatan sedang berposing sebagai bahan bukti pi Kenyir