10 November 2008

Trip Pancing Santai Perairan Kelang (Badi Raja Sarjan Hassan)


Tarikh Pertempuran: 8 Nov 2008
Ahlul : Wa, Kolonel Mat Azam, Prebet Wan Basterra & Kapten Otai Kenon
Gelanggang Pertempuran : KURAP, Jambatan Hantu, Wap WestPort & PADANG

Bilangan terkorban : Tetanda - 16 ekor
Gerut2 - 5 ekor
Sembilang - 1 ekor
Gelama - 7 ekor
Duri - 5 ekor (wa punya cempien duri 1.8kg)
Lain ikan - Kerapu x siap (1 ekor), Bebolos (1 ekor), Ikan misteri (2ekor)

Umpan : Udang idop (x cukup smpai petang), udang mati, sotong & belanak mati
Nota penting : Wa diajak pi oleh Kolonel untuk mencukupkan kuota... bukan wa tak ajak hangpa no.... kuikuikuikui!!

Point Penting:

1) Enjin jatuh ke laut masa kat KURAP... nasib baik tali emergency kukuh... dapat tarikh balik enjin..... Tahniah kepada Kolonel Mat Azam selaku cip engineer yg dapat hidupkan enjin balik... jarang anak melayu buat camtu.... terima kasih kerana pengalaman beliau selaku pomen motor dulu.... a.k.a abg rempit
2) Prebet Wan yang kecundang kerana keletihan... dia habaq dia tido pukul 4.00 pagi malam sebelum tu... hampir 3/4 sepanjang trip ni dia tido sbb mengantuk... walau bagaimanpun dia dapatkan lesen dulu sebelum tido....

3) Bot rosak lagi masa on the way nak pi lubuk tebal pipi dpd PADANG.... kejadian ni berlaku pukul 8.00 mlm.... yang ni mmg x leh baiki sebab rosak teruk..... terpaksa telefon Jeti untuk bantuan menyelamat
4) Pasukan penyelamat mai pukul 12.30 tengah malam.... sebelum tu dalam pukul 9.00 mlm kitaorg terpaksa berkayuh manual pi ke Feri Alpine Jetstar (Feri Indon yg pi ke Tg Balai) mintak bantuan lepak kat atas...

5) Terima kasih tak terhingga kepada anak2 kapal indon yang beri kitaorg naik sambil jamu kitaorg air mineral & biskut kering buat lapik perut..
6) Sampai jeti dalam pukul 2.30 pagi... singgah subang makan2 dan wa sampai umah pukul 3.30 pagi... Alhamdulillah semua selamat walaupun misi peribadi wa nak tangkap senangin x berjaya.....
7) Terima kasih kepada semua yg terlibat dan we all akan buat trip lagi dalam masa terdekat bersama mr. presido yang x abis2 telefon bertanyakan status.... lagipun, banyak lubuk yang x jengah lagi akibat kerosakkan bot...

Saksikan gambo2 yang sempat wa ambik......



Bertolak Dr Jeti Pulau Indah



Perjalanan ke KURAP ditekongi oleh Kolonel



Ikan misteri





2 orang otai tengah bermuzakarah...

Prebet semasa dlm keadaan jaga....

Kat Jambatan Hantu.. kena ushar line dulu... heheheHasil separuh masa pertama

Prebet yg dah kantoi bwh wap....

Hasil sebelum malam

Perhatikan prebet yang kantoi

Dalam kapal Indon... TQ Indon

Kolonel yg sedih melihat bot yang ditunda...

Akhir kata, wa telah dinobatkan Raja Sarjan dengan rekod peribadi 1.8kg.... ala2 gamefish tuh!!