05 September 2008

Bagaimana menjaga peralatan memancing?

Sukan memancing hari ini diceburi oleh semua golongan masyarakat. Yang berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah semuanya ada. Cuma mungkin perbezaan ketara ialah padang pancing dan peralatan yang digunakan. Peralatan yang mahal tidak semestinya tahan lama kalau tidak ada perjagaan rapi dan yang murah belum tentu cepat rosak kalau pandai menjaganya. Samada memancing di laut atau darat, implikasi masalah tetap sama. Namun memancing air masin lebih tinggi risiko kerosakan dari memancing air tawar. Kadar oksidasi air masin mempercepatkan tindakbalas yang menghasilkan karat. Disini diberi beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama.

Sewaktu pulang dari aktiviti memancing, luangkan sedikit masa dengan mencuci ataupun melakukan service ringkas untuk semua peralatan yang digunakan semasa memancing. Kekili dan Joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing. Pastikan ‘drag’ dan geledung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki bahagian dalaman kekili. Jangan sama sekali merendam kekili dalam air semasa mencucinya. Selepas mencuci biarkan seketika hingga kering dan lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul. Gunakan WD-40 atau minyak mesin jahit untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Longgarkan ‘drag’ kekili pada tahap minimum serta pisahkan kekili dari joran sebelum menyimpannya ditempat tidak tercapai oleh anak-anak. Pemancing tidak digalakkan menyimpan joran dan kekili didalam bonet kereta terlalu lama kerana bonet yang berhabuk dan berpasir boleh memendekkan hayat kekili dan joran.

Untuk mata kail jangan campurkan yang telah digunakan bersama-sama yang baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail lain terutama mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Jika mata kail kurang tajam gunakan kikir halus atau kertas pasir bagi mengasahnya menjadi tajam semula. Disyorkan gunakan mata kail yang tahan karat kerana ia tahan dan boleh digunakan berulang kali.

Playa adalah salah satu peralatan penting dalam memancing. Jika pulang dari memancing cuci dengan air , lap dan di sembur dengan WD-40 terutama pada bahagian tengah bagi tidak ketat dan lancar pergerakkannya.

Tali pancing pada geledung perlu diperiksa sebelum turun memancing. Geledung perlu di jirus supaya air masin tidak terkumpul. Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Cara seeloknya luruskan joran dan ketatkan ‘drag’ sedikit dan kemudian tarik tali dengan menggunakan kain. Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili. Ini boleh menyebabkan kekili mudah rosak kerana bahan-bahan ini akan bertindak seperti kertas pasir yang boleh menghakis ‘gear’ dan alas bebola kekili.

Kekili lama yang rosak jangan dibuang kerana ia mungkin ada kegunaan seperti untuk dijadikan ‘spare parts’ kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian untuk kekili

Kekili-kekili Cap Ayam Terbaru Ahlul2 Team Sauk!!




Tica Seaspirit SS348







Okuma Convector

01 September 2008

OFB 2 : Tenggiri Menyerang & Mr. Presido Dinobatkan Sbg Raja Pari!!!











Salam,

5 orang ahlul team sauk menggigilkan diri pi OFB pada 30hb Ogos yg lepas.... mereka terdiri dpd wa, mr. presido selaku penganjur, wan a.k.a abg lebam kaki, udin (abg plan B) dan pyan... walaupun pada awal perjalanan terdapat beberapa masalah tapi akhirnya Alhamdulillah semuanya dapat di atasi... antara masalah yg berlaku ialah pertukaran bot, penarikan diri, cedera, tertinggal umpan dan reel (hohohoho.. boleh undi x percaya lepas ni)....
Kita org bertiga (wa, zack & wan) bertolak dari umah wa pi ke umah pyan kat Puncak Alam dan terus pi ke pasir panjang, kelang utk amik udin dan singgah Bandar Sultan Suleiman utk membeli ais, makanan dan soru sarapan pagi dalam pukul 10 pagi...
Sampai di jeti Sg Sireh terus angkat barang masuk ke dalam bot yg akan membawa kitaorg pi ke OFB.... tetiba wan terjatuh dan kakinya terkena sauh dan terus luka dan lebam.. we all amik keputusan utk mintak udin & zack pi menemani wan ke klinik berdekatan.... sementara tu wa ngan pyan buat apa yg patut kat jeti.... ------ bersambung, tunggguuuuuu!!!!

Wa mengezoom pyan dari dalam bot... nampaknya dia ngantuk tu..